Sebagai mukadimmah, mari kita melihat serba sedikit defenisi terapi itu sendiri....
Terapi
merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas
terhadap aktiviti atau kemahiran. Menurut kamus perubatan Mosby (2001)
terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang
pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan
bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Definisi
terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang
murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.
Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep
kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas.Dengan itu, kaedah
terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan
pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif,emosi, sosial atau
psikomotor.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan