Sabtu, 15 Mac 2014

Cinta Rumput

something to share.. BUKAN MENJIWANG,,, tapi ini lah kenyataan :)

pada suatu hari di sekolah,
seorang murid bertanya pada guru.
ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR: "cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

CIKGU: "ok, kamu ikut ape yg sy suruh. kamu pergi ke padang. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih rumput yg PALING cantik tanpa menoleh ke belakng lagi walau sekali. dah petik rumput yg PALING cantik, bawa ke kelas"


apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. cikgu bertanya.

CIKGU: "kenapa tiada rumput yg dipilih?"

PELAJAR: "tadi masa sy berjalan, sy carilah rumput yg PALING cantik. memang ade banyak yg cantik tp cikgu kata petik yg PALING cantik, maka sy pun terus berjalan ke depan sambil mencari yg PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi sampai di penghujung padang, sy tak jumpa pun yg PALING cantik. mungkin ade di antara yg di belakang sy tadi rumput yg PALING cantik tp dah cikgu cakap tak boleh toleh ke belakng semula, jd tiadalah rumput yg sy boleh petik."


CIKGU: "ya itulah jawapannya. maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseoarang yg kita sayang, janganlah kita mencari yg lebih baik dari itu. kita patut menghargai orang yg berada di depan kita sebaiknya. jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yg berlaku tetap dah berlaku. semoga yang berlalu tidak berulang lagi. daningatlah orang yg PALING kita sayang itulah yg PALING cantik dan PALING baik. mahu pun nk ikutkan banyak lagi yg cantik dan baik seperti rumput tadi."



HARGAILAH APA YANG KITA MILIKI,,.... !!!

Filem yang bertemakan "Every child is special."




‎::Filem Taare Zameen Par(Like Star on Earth):: Filem yang bertemakan "Every child is special." sangat wajar di tonton(Must Watch) oleh semua bakal guru dan guru terutamanya guru pemulihan. 

 #Mengisahkan tentang seorang kanak2 disleksia yg bernama Ishaan yang tertekan akibat desakan guru2 dan ibu bapanya kerana tidak pandai menulis huruf dan membaca di dalam kelas.Dalam keadaan tekanan itu,tetiba2 datang seorang guru baru P.Seni yang bernama Cikgu Nikumb yang membawa sinar hidup dan harapan kepada Ishaan untuk terus belajar seterusnya menjadi seorang pelajar yang berjaya di sekolah itu. Apa yang anda pelajari dari Filem ini? 

 1.Guru dan ibu bapa jgn terlalu cepat dan terlalu memberi tekanan kepada kanak2 jika dia mempunyai kelemahan.Dekati dia dan terokai masalah yang dihadapinya 

 2.Seorang guru kena pandai mengesan kebolehan dan potensi yang ada pada seseorang murid.Contohnya dalam filem ini,Cikgu Nikumb itu telah mengesan bahawa  Ishaan mempunyai bakat yang besar dalam melukis.jadi dia mengajar ishaan cara menulis dan membaca yang ada kaitan dengan melukis. 

 3."Setiap murid memiliki keterampilan yang unik, kemampuan dan impian. Setiap murid, cepat atau lambat mereka semua akan belajar, namun dengan kecepatannya masing-masing. Jadi hayatilah Prinsip"Every child is special."

:)

Selasa, 11 Mac 2014

Terapi Seni Dalam Pendidikan Khas

Berkaitan matapelajaran Terapi Dalam Pendidikan Khas, tidak ketinggalan kami telah belajar terapi seni. Pelbagai ilmu yang telah kami sekumpulan dapat berdasarkan terapi seni ini. :)) Seronok tau dalam dunia pendidikan khas nii... diharapkan kawan di luar sana dapat sedikit input tentang dunia pendidikan khas melalui terapi seni yang saya akan kongsikan ni.. hehe.. Pada saat ni saya xnk tulis panjang so saya share gambar yang saya peroleh n kawan-kawan baca tau.. 

Yang ni untuk pengenalan...





Ini maksud terapi seni..


 Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk lakukan terapi seni dalam pendidikan khas..


Haa Tu Dio...Hasil terapi seni dah disiapkan dengan imaginasi mereka.. walaupun tidak seberapa, tapi asalkan maklumat yang disampaikan dapat kita fahami serta kemahiran koordinasi mata-tangan serta daya imaginasi mereka dapat digilap dari semasa ke semasa.



 Kelebihan terapi seni adalah :







Kelemahan terapi seni pula :



Sebagai rumusannya :

Kalau kita lihat perbezaan jumlah kelebihan dan kelemahan terapi seni sangat ketara kan berdasarkan pernyataan di atas... Soooooo ....!!!!!!
Mestilah terapi seni ini sangat bagus tuk murid-murid pendidikan khas.. :))) hahaha...









Apa Itu Terapi?

Sebagai mukadimmah, mari kita melihat serba sedikit defenisi terapi itu sendiri....  

Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran. Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.

Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas.Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif,emosi, sosial atau psikomotor.

Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran disekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

bertapa pentingnya terapi!